Zon Selatan

Image result for johor flag
Johor Darul Ta'zim

  • Dikenali sebagai Johor atau Kesultanan Johor Moden (tidak rasmi), adalah negeri Malaysia di selatan Semenanjung Malaysia.
  • Johor mempunyai sempadan darat dengan negeri-negeri di Malaysia Pahang di utara dan Melaka dan Negeri Sembilan di barat laut. Sempadan Johor adalah sempadan maritim dengan Singapura di selatan dan Indonesia di kedua-dua barat dan timur. Johor Bahru adalah ibu negeri Johor yang terletak berhampiran dengan negara jiran dan pusat ekonomi negeri, Kota Iskandar adalah pusatpentadbiran kerajaan negeri yang baharu, dan Muar berfungsi sebagai bandar diraja yang diisytiharkan oleh sultan Johor, Sultan Ibrahim. Ibu negeri lama ialah Johor Lama sepanjang dinasti kesultanan Johor klasik. Sehingga banci 2015, jumlah penduduk negeri ialah 3,553,600. Johor mempunyai hutan hujan tropika yang sangat pelbagai dan iklim khatulistiwa. Rentang gunung negeri ini merupakan sebahagian daripada Banjaran Titiwangsa, yang merupakan sebahagian daripada Banjaran Tanah Sari yang lebih besar yang disambungkan ke Thailand dan Myanmar, dengan Gunung Ledang menjadi titik tertinggi di Johor. 
Melaka
  • Salah satu Kesultanan Melayu Melaka yang tertua di Malaysia. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang,Sumatera Tenggara. Srivijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India,Asia Barat dan China serta kawasan-kawasan pedalaman.
  • Di dalam kajian sejarah terdahulu,Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391,kerajaan Srivijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Hal ini memberikan impak yang besar kepada putera raja Palembang iaitu Parameswara. Parameswara dan pengikutnya mengundurkan diri ke Temasik. Pada masa itu,Temasik bernaung di bawah kerjaan Ayudhya,Siam. Sang Aji Singapura merupakan pemerintah Temasik. Beliau merupakan  menantu kepada Raja Siam sendiri.


Negeri Sembilan
  • Satu-satunya negeri di Malaysia yang paling unik pada namanya. Hal ini adalah kerana inilah negeri yang menggunakan sebutan nombor untuk dijadikan nama sebuah negeri. 
  • Apakah fakta cerita disebalik nombor sembilan buat Negeri Sembilan? Tahukah anda bahawa penamaan nama untuk Negeri Sembilan ini sebenarnya adalah merujuk kepada gabungan antara daerah-daerah kecil yang terdapat sembilan buah kesemuanya.
  • Hari ini sepertimana yang kita tahu, sebahagian daripada sembilan daerah tersebut telah dikeluarkan daripada Negeri Sembilan. Antaranya adalah seperti daerah Segamat yang kini dibawah jajahan Johor, daerah Naning yang kini dibawah jajahan Melaka, Jelai yang kini dibawah jajahan Pahang dan Klang yang kini dibawah jajahan Selangor.



MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia