Pahang

Image result for pahang flag


Pahang
  • Terletak di bahagian tengah membawa ke timur Semenanjung Tanah Melayu. Ia bersempadan dengan Laut China Selatan di timur, negeri Kelantan dan Terengganu di utara, Perak, Selangor dan Negeri Sembilan di barat, dan Johor di selatannya.
  • Pahang merupakan negeri yang terbesar dengan gunung tertinggi dan sungai terpanjang di bahagian Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia)
  • Pahang merupakan negeri yang tertua selepas Patani (sekarang dalam wilayah Thailand), iaitu lebih tua dari Melaka. Di zaman silam, kerajaanya meliputi hujung tanah hingga ke Singapura. 
  • Rajanya juga mempunyai talian persaudaraan melalui perkahwinan dengan Parameswara, iaitu Raja yang pertama membuka Melaka.
  • Walaupun kerajaan di negeri Pahang telah lama wujud, namun corak pemerintahan Kesultanan Melayu Islam di negeri Pahang hanya wujud selepas terbentuknya Kerajaan Islam di Melaka.
  • Sultan Pahang yang pertama adalah putera kepada Sultan Mansur Shah, Melaka (c.1470 M).



LAGU KEBANGSAAN PAHANG

  • Lagu rasmi negeri Pahang dipilih melalui pertandingan yang diadakan pada tahun 1923, pemenangnya ialah Dorothy Lilian Swonder seorang pemuzik yang juga merupakan anak kepada Pegawai Pertanian Daerah Pekan. Lagu yang dinamakan 'Allah Selamatkan Sultan Kami' ini telah diubah liriknya dari versi asal sepertimana yang dinyanyikan pada hari ini

MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia