Perlis
- Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah.
- BukTempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan.
- Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis".
- Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih kedudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis
- Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.
LAGU KEBANGSAAN PERLIS
- Pada tahun 1930, R.G Ines seorang jurutera telah memurnikan lagu yang dicipta oleh Tuan Syed Hamzah Syed Shafi Jamalullail. Lagu ini kemudiannya telah dimainkan secara orkestra oleh pasukan pancaragam tentera dibawah pimpinan Lenthall. Secara rasmi, lagu ini telah diterima sebagai lagi rasmi negeri Perlis pada tahun 1935. Lagu negeri Perlis ni dinamakan 'Amin Amin Ya RabbalJalil'.