Sarawak




Sarawak

  • Negeri Sarawak dikenali dengan gelaran Bumi Kenyalang merupakan salah satu daripada 14 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan yang membentuk Persekutuan Malaysia. 
  • Sarawak merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur.
  • Sarawak berada dalam kawasan tropika dengan iklim khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun. Hutan Sarawak adalah sumber dan aset yang paling penting.
  • Sarawak mempunyai 11 bahagian keseluruhannya (Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei, Kapit, Kota Samarahan, Bintulu, Mukah dan Betong). Setiap bahagian ditadbir oleh seorang Residen dan dibahagikan kepada dua ke empat kawasan.
  • Sarawak dipisahkan sejauh 600Km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultananBrunei di utara dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur.
  • Sarawak mempunyai dua buah bandar raya utama, iaitu Kuching dan Miri. Kuching telah diisytiharkan sebagai bandar raya pada 1 Ogos 1988 manakala Miri mendapat status bandar raya pada 20 Mei 2005.
  • Sarawak merupakan satu daripada dua negeri yangg mendirikan Malaysia Timur. 
  • Sarawak adalah negeri yang terbesar di Malaysia.



Lagu Kebangsaan Sarawak
  • Ibu Pertiwiku ialah lagu negeri Sarawak sejak 1988 yang digubah dan ditulis oleh Dato' Haji Wan Othman, seorang penulis lirik Sarawak.

MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia