Kelantan




Kelantan

  • Kelantan Darul Naim merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. 
  • Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km persegi, terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Thailand.
  • Kota Bharu ialah ibu negeri Kelantan. Bandar ini mula dibuka pada masa pemerintahan Sultan Muhamammad 2 pada tahun 1844. Bandar ini terletak tidak jauh dari muara Sungai Kelantan. Kota Bharu menjadi pusat pentadbiran dan perniagaan negeri Kelantan. Jumlah penduduk pada 2004 ialah sekitar 280,000 orang.
  • Kota Bharu juga merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.
  • Negeri Kelantan menikmati iklim tropika yang baik, di mana hampir setiap tahun hujan turun dengan berselang-seli mengikut bulan tertentu pada setiap tahun. 
  • Biasanya hujan yang lebat akan berterusan selama beberapa hari atau beberapa bulan akan turun pada bulan November, Disember dan Januari. Suhu setiap hari dianggarkan dari 21° C.



LAGU KEBANGSAAN KELANTAN

  • Sejarah penciptaan lagu negeri Kelantan bermula apabila pemimpin Pancaragam Polis Kelantan, M.S Menezes diarahkan mencipta sebuah lagu untuk dimainkan semasa sambutan hari keputeraan Sultan Kelantan pada 5 julai 1927. Sultan Kelantan pada ketika itu, Sultan Sulaiman telah berkenan dengan lagu yang dicipta dan tiga tahun kemudian, senikata lagu ciptaan Dato' Haji Mohamed bin Mohammad Said, iaitu setiausaha kerajaan negeri telah melengkapkan lagu rasmi pertama negeri Kelantan. Lagu yang dinamakan 'Selamat Sultan' ini turut mengalami perubahan kecil dari segi senikatanya

MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia