Perak




Perak
  • Negeri Perak adalah merupakan sebuah negeri yang penuh dengan peluang, permai dan indah. 
  • Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan berkeluasan 21,000km persegi.
  • Negeri Perak meliputi kawasan 6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia. 
  • Perak mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di antara 23.7 darjah ke 33.2 darjah Celsius, serta kelembapan melebihi 82.3% serta hujan pada kadar 3,218.00mm setahun. 
  • Bukit Larut merupakan tempat yang paling lembab di Malaysia dengan lebih kurang 5080 mm.
  • Hampir separuh keluasan Perak diliputi dengan hutan iaitu seluas 10,713 km persegi di mana 95.6% ialah Hutan Hujan Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah Hutan Paya Bakau.
  • Perak terbahagi kepada 11 daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung dan Muallim. 
  • Daerah Muallim merupakan daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Negeri Perak.



LAGU KEBANGSAAN PERAK


  • Lagu rasmi negeri Perak disadur dari lagu asal berjudul 'Terang Bulan' dan diinspirasikan oleh Sultan Perak setelah kembali dari Upacara Pertabalan King Edward VII  pada tahun 1902. Raja Shahar Shah kemudiannya mencadangkan agar lagu negeri Perak ini dinyanyikan dalam majlis rasmi dan menjadikan peraturan rasmi oleh kerajaan negeri. ( The Straits Times, 14 Oktober 1948, p.5). Lagu negeri Perak ini dinamakan 'Allah Lanjutkan Usia Sultan'.

MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia