Selangor
- Negeri Selangor Darul Ehsan terletak di bahagian tengah pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di sebelah utara, Pahang di sebelah timur dan Negeri Sembilan di sebelah selatan.
- Terletak di bahagian barat Banjaran Titiwangsa, Selangor dibahagikan kepada sembilan daerah yang terdiri dari Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Gombak, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.
- Secara umumnya Selangor diairi oleh empat lembangan sungai utama iaitu lembangan Sungai Langat dan lembangan Sungai Klang di bahagian selatan serta lembangan Sungai Bernam dan lembangan Sungai Selangor (lembangan terbesar di negeri ini) di bahagian utaranya.
- Sungai-sungai utama ini dilihat sebagai faktor utama kepada bermulanya petempatan awal masyarakat di sekitar kawasan ini.
LAGU KEBANGSAAN SELANGOR
- Negeri ini mula memiliki lagu rasmi pada tahun 1908, iaitu sebuah lagu gubahan semula dari lagu Chantek Manis. Pemilihan lagu ini dilakukan oleh Raja Muda Selangor pada ketika itu, Sultan Sulaiman dengan persetujuan Raja Haji Bot. Seorang komposer, Daniel Ortego kemudian diberi tugas membuat gubahan semula.
- Pada tahun 1966, Sultan Selangor mengumumkan lagu gubahan Daniel Ortega yang telah berusia 58 tahun itu akan digantikan dengan sebuah lagu baru. Pengumuman ini dibuat setelah baginda didengarkan cadangan lagu baru yang digubah oleh Pengarah Orkestra Filem Negara Malaysia, Encik Saiful Bahri ketika baginda dalam rangka lawatan ke studio Filem Negara Malaysia. ( The Straits Times, 5 Julai 1966, p.11). Lagu baru negeri Selangor ini dinamakan 'Duli Yang Maha Mulia'.