Terengganu

Image result for terengganu flag
Terengganu
  • Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, bertentangan dengan Laut China Selatan
  • Merupakan salah satu daripada sembilan Kesultanan dengan populasi melebihi sejuta penduduk.
  • Menyimpan pelbagai rahsia yang sedang menanti untuk diterokai, Terengganu akan memberikan kejutan bukan sahaja kepada pelancong, bahkan kepada mereka yang tidak asing dengan negeri yang mempesona ini. 
  • Canting penuh warna-warni yang meliputi batik dan songket tenun yang diwarisi dari generasi - kegenerasi sehinggalah kepada warisan budaya dan tradisi, Terengganu memang sebuah negara yang sangat diberkati dan dirahmati serta memiliki keindahan alam yang menawan sukma.

" Terengganu Rahmat, Menawan Sukma "


  • Penduduk Terengganu sekitar 1 juta orang, terdiri daripada 90% Melayu, selebihnya merupakan orang Cina dan India. Fasa kehidupan di Kuala Terengganu, sebagai ibu negeri, pembangunan pekan serta lain - lain bandar dan kampung di Terengganu adalah tidak dipengaruhi oleh hiruk-pikuk kota besar.
 LAGU KEBANGSAAN TERENGGANU

Lagu kebesaran Negeri atau Lagu Selamat Sultan yang digunakan hingga masa kini digubah dalam tahun 1927 , semasa pemerintahan Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Penggubahnya ialah Cikgu Mohd Hashim bin Abu Bakar, peranakan Singapura yang semasa itu menjadi seorang guru di Sekolah Melayu Paya Bunga Kuala Terengganu. Beliau juga seorang guru Pancaragam Pasukan Pengakap Sultan Sulaiman.
Lagu ini telah disusun oleh beliau bagi menjunjung titah perintah Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Setelah gubahan lagu itu siap, ia telah dipersembahkan dan diperdengarkan kepada Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan. Baginda telah mengapuni berkenan menerima lagi itu dan ia dijadikan ‘ Lagu Selamat Sultan ’. 

MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia