Zon Utara


Perak
  • Negeri Perak adalah merupakan sebuah negeri yang penuh dengan peluang, permai dan indah. Bersempadan dengan beberapa buah negeri yang lain, Negeri Perak menawarkan pelbagai keistimewaan sama ada dari segi ekonomi, pelancongan, infrastruktur dan sebagainya. 
  • Negeri Perak atau juga dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang), dengan berkeluasan 21,000km persegi.
  • Negeri Perak meliputi kawasan 6.4% daripada jumlah keluasan Malaysia. 
  • Perak mengalami cuaca panas dan lembap sepanjang tahun dan kadar suhu di antara 23.7 darjah ke 33.2 darjah Celsius, serta kelembapan melebihi 82.3% serta hujan pada kadar 3,218.00mm setahun. 
  • Bukit Larut merupakan tempat yang paling lembab di Malaysia dengan lebih kurang 5080 mm.
  • Hampir separuh keluasan Perak diliputi dengan hutan iaitu seluas 10,713 km persegi di mana 95.6% ialah Hutan Hujan Khatulistiwa dan selebihnya iaitu 4.4% adalah Hutan Paya Bakau.
  • Perak terbahagi kepada 11 daerah iaitu Kuala Kangsar, Hulu Perak, Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kampar, Batang Padang, Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung dan Muallim. 
  • Daerah Muallim merupakan daerah pentadbiran baharu yang ke-11 di Negeri Perak.





Pulau Pinang

  • Pulau Pinang pada awalnya dikenali sebagai Pulau Ka Satu.
  • Seorang pelayar yang bernama Ragam menamakan sedemikian kerana inilah satu-satunya pulau besar yang terasing yang ditemui beliau sewaktu berulang-alik berdagang dari Lingga ke Kedah.
  • Nama Pulau Ka Satu terus digunakan sehinggalah kedatangan British pada tahun 1786.Apabila pokok pinang mula ditanam di pulau ini selepas kedatangan British, nama pulau ini ditukar kepada Pulau Pinang.
  • Penduduk di Seberang Perai lebih mengenali Pulau Pinang dengan nama Tanjong Penaga sempena nama pokok penaga yang tumbuh di sekitar tapak Fort Cornwallis.Dipercayai nama ini atau singkatannya Tanjong masih digunakan dalam geran-geran tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan sehingga tahun 1800.





Kedah

  • Negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke - 4 lagi.
  • Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman 'Pleistocene' lagi. Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. 
  • Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya).
  • Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.





Perlis
  • Perlis adalah negeri di bawah naungan negeri Kedah
  • BukTempoh selepas pra-sejarah menunjukkan pengaruh ideologi Islam yang mengambil alih pengaruh agama Hindu dan Budha pada akhir abad ke-12 kerana berdasarkan cara hidup masyarakat tempatan. 
  • Menurut Ahmad Ismail dan YB Dato' Yazid bin Mat dalam buku mereka iaitu "Negeri Perlis Indera Kayangan: Sejarah Pembentukan Sebuah Negeri Berdaulat" nama Perlis diambil dari nama pokok iaitu "Pokok Perlis". 
  • Ketika itu, jajahan Perlis adalah di tenggara sempadan Satun, di barat daya daerah Kubang Pasu, bertentangan dengan Selat Melaka dibarat, di timur laut Songkhla. Namun terdapat fakta sejarah bahawa kawasan jajahan negeri Perlis sebenarnya lebih kedudukan Siam ke atas Kedah dan jajahannya pada tahun 1821 menyebabkan serangan dan tindakbalas penduduk tempatan secara besar-besaran, akhirnya telah membawa kepada pengunduran Siam dan penyerahan kuasa mentadbir kepada pembesar tempatan bagi mentadbir Kedah, Setul, Kubang Pasu dan Perlis
  • Bagi negeri Perlis, Raja Long Krok dilantik sebagai Gabenor, manakala Syed Hussin Jamalullail sebagai timbalannya. Detik ini merupakan detik bersejarah bagi negeri Perlis yang telah mendapat pengiktirafan dari status tanah jajahan kepada status sebuah negeri naungan.



MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia