Kedah




  • Kedah sebagai negeri yang tertua sekali di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke - 4 lagi. 
  • Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba semenjak zaman 'Pleistocene' lagi. 
  • Di antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang- orang Melayu -Proto (Proto-Malaya). 
  • Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pendalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang di buat daripada logam.




LAGU KEBANGSAAN KEDAH


  • Kedah merupakan negeri melayu awal yang terakhir mempunyai lagu negeri, lalu dalam usaha mengadakan lagu rasmi tersebut, Pengarah Orkestra Kelab Selangor (Selangor Club), J.A Reutenberg telah diarahkan mencipta lagu negeri Kedah dengan bayaran $1000 ringgit. Dalam tempoh sesingkat 25 minit, Roeytenberg telah berjaya mencipta lagu yang akan dicadangakan sebagai lagu rasmi negeri Kedah. Urusan pembayaran kepada J.A Roeytenberg telah diuruskan oleh H. Weisberg, Setiausaha Kerajaan Persekutuan yang berpejabat di Kuala Lumpur. Namun rancangan mengadakan lagu negeri Kedah ini adalah inisiatif S.L Jones, Penasihat British di Kedah yang kemudiannya menulis surat atas perkara berkenaan kepada H. Weisberg. (The Straits Times, 7 Mei 1936, p. 12)

  • Lagu ' Allah Selamatkan Sultan Mahkota' yang digubah oleh Reutenberg ini kemudiannya telah digubah semula oleh Tunku Yakob dengan senikata oleh Menteri Besar Kedah pada masa itu, Tuan Haji Mohammad Sheriff dan iramanya pula ciptaan J.F Agustin. ( The Straits Times, 5 Julai 1949, p.6)

MASA ANDA LAWATI LAMAN INI

Laman Utama

Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan atau Kemerdekaan yang ke 62 pada 31 Ogos 2019. Hari Malaysia pula akan disambut pada 16 Se...

Negeri Dalam Negara Malaysia